Encik Wong Siew Hoong
Pengarah Agung Pendidikan
Encik Mohamed Noh Daipi
Pengarah Pusat Bahasa Melayu Singapura
Para penyampai ucaptama, para tetamu undangan serta guru-guru sekalian.
Salam sejahtera dan selamat pagi.
PENGENALAN
Ladies and gentlemen
1. Let me first address you in English.
I am happy to join you in celebrating the 10th Anniversary of the Malay Language Centre of Singapore, or MLCS in short.
Apart from having the 'face-to-face' session, this event is also transmitted through Zoom Webinar.
(Saya gembira dapat bersama-sama anda di majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Pusat Bahasa Melayu Singapura atau ringkasnya MLCS pada pagi ini yang diadakan secara 'face-to-face' atau fizikal dan menerusi platform Zoom Webinar).
2. I am also pleased that this event is not only organised to pay tribute to MLCS' achievements over the decade since its inception but is filled with meaningful keynote speeches by renown speakers in their respective fields namely Dr Fatris Bakaram, former Mufti of Singapore, Dr Raudhah Yahya, from the National Institute of Early Childhood Development (NIEC) and Professor Vijaya Letchumy Subramaniam from the University Putra Malaysia (UPM).
Thanks to all three of our scholars.
(Saya juga gembira majlis ini bukan sahaja dianjurkan untuk memberikan penghargaan pada pencapaian MLCS sepanjang sedekad sejak penubuhannya tetapi diisi dengan penyampaian ucaptama penuh makna oleh tiga penyampai yang mahir dalam bidang masing-masing iaitu Dr Fatris Bakaram, Mantan Mufti Negara Singapura, Dr Raudhah Yahya, Pensyarah Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-kanak (NIEC) dan Profesor Vijaya Letchumy Subramaniam dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Malaysia.
Terima kasih kepada ketiga-tiga cendiakawan kita).
3. I am excited to know that today's event been followed on-line by many lecturers, education officers, teachers and undergraduates from Singapore and our neighbouring countries in the region.
Among them, there are 32 undergraduates from the Universiti Putra Malaysia (UPM), 65 from Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Malaysia and 60 from Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Indonesia.
In all, there are about 327 participants attending this session today.
Thank you to all for your presence.
(Saya teruja mengetahui bahawa majlis hari ini juga menarik minat ramai pensyarah, pegawai Kementerian Pendidikan dan para guru setempat.
Malah amat membanggakan kerana terdapat rakan pensyarah luar negara1 MLCS, 32 mahasiswa dari Universiti Putra Malaysia (UPM), 65 mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Malaysia dan 60 mahasiswa dari Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Medan, Indonesia.
Keseluruhannya, terdapat hampir 340 peserta yang mengikuti acara hari ini. Terima kasih atas kehadiran anda).
PERUBAHAN PROFIL PENGGUNA BAHASA
I will now continue my speech in Malay.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
4. Alangkah indah senikata dalam lagu klasik Gurindam Jiwa gubahan seniman Wandly Yazid.
Irama merdunya mengiringi Bahasa Melayu kita yang cukup lembut, halus dan tersirat dengan makna yang mendalam – sesugguhnya kekayaan bahasa kita mencerminkan budaya Melayu kita.
5. Lantas, kita perlu terus prihatin akan perubahan profil pengguna Bahasa Ibunda di Singapura yang semakin ketara.
Kita perlu memastikan pengunaan Bahasa Melayu terus berkembang.
Jumlah ibu bapa muda yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi utama semakin meningkat.
Pada 2019, 67 peratus keluarga Melayu yang mempunyai anak dalam Darjah 1 menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi utama di ruma2.
Profil sebegini pastinya menimbulkan cabaran dalam pemerolehan dan pembelajaran bahasa di sekolah.
Natijahnya, kita memerlukan guru-guru Bahasa Melayu yang cekap dan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang luas lagi mendalam bagi memenuhi keperluan murid-murid yang memasuki sekolah dengan latar belakang bahasa yang berbeza-beza dan keperluan pembelajaran yang pelbagai.
DAPATAN KAJIAN TERRKINI BERKAITAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU
6. Namun, suasana yang kita hadapi tidaklah semuanya suram.
Data yang diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar (IPS) pada tahun ini berkaitan Kefasihan, Identiti dan Pengurusan Bahasa3 agak memberangsangkan.
95 peratus responden Melayu menyatakan bahawa mereka fasih dan sangat fasih bertutur dalam bahasa Melayu.
95 peratus juga menyatakan bahawa mereka fasih dan sangat fasih bertutur dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris.
7. Dapatan Tinjauan Khas Berita Minggu: Belia dan Bahasa Melayu4 mendapati 69 peratus responden masih menggunakan bahasa Melayu di rumah dan 74 peratus menyatakan bahawa bahasa Melayu masih relevan digunakan oleh penggunanya.
Majoriti responden beranggapan bahawa bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu/Islam Singapura.
Bahasa Melayu juga dianggap berupaya menonjolkan identiti Melayu dan menjadi alat mengajar nilai dan kesantunan masyarakat kita.
USAHA-USAHA DI PERINGKAT NASIONAL BAGI MENGGALAKKAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU
8. Cabaran untuk melestari dan mengembangkan penggunaan Bahasa Ibunda sememangnya bukanlah mudah.
Apatah lagi dengan meluasnya penggunaan bahasa Inggeris dek proses globalisasi dan peluasan pengaruh media sosial.
Pemerintah dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat sentiasa berusaha untuk mengukuhkan penggunaan Bahasa Ibunda, dan menerapkan nilai dan budaya Melayu dalam kehidupan masyarakat setempat.
9. Kementerian Pendidikan misalnya terus menekankan kepentingan dasar dwibahasa sebagai tonggak sistem pendidikan kita.
Dasar dwibahasa telah menjadi sebahagian daripada DNA budaya kita dan membentuk identiti kita sebagai masyarakat Singapura berbilang bangsa, bahasa dan budaya.
Yang penting, pemerintah dan pertubuhan masyarakat kita mengambil pendekatan yang progresif bagi memastikan bahasa dan budaya terus terpelihara.
10. Antara lain, MOE telah menyemak semula kurikulum Bahasa Ibunda Sekolah Rendah pada tahun 2015.
Bagi memastikan keselarasan yang berterusan, kohort pelajar pertama yang melalui kurikulum Bahasa Ibunda Sekolah Rendah pada tahun 2015 akan melalui kurikulum Bahasa Ibunda Sekolah Menengah yang telah disemak semula dan akan mula dilaksanakan tahun hadapan.
Selain itu, banyak program tersuai yang disediakan bagi pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan yang pelbagai.
Contohnya, pelajar yang berminat dan berkeupayaan boleh mempelajari Bahasa Ibunda Lanjutan di peringkat sekolah rendah dan mengikuti program elektif di peringkat menengah dan maktab rendah.
Pihak kementerian juga menyediakan sokongan kepada pelajar yang menghadapi kesukaran mempelajari Bahasa Ibunda dengan menawarkan Program Sokongan Bahasa Ibunda dan kurikulum Bahasa Ibunda Asas di peringkat sekolah rendah dan Bahasa Ibunda Syllabus 'B' di peringkat sekolah menengah dan prauniversiti.
Melalui Program Sokongan Bahasa Ibunda yang akan dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun hadapan, murid-murid Darjah 3 dan 4 yang dikenal pasti akan disokong menerusi pengajaran pembezaan dalam kelas yang bersaiz kecil, dan menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang dihasilkan oleh MOE5.
11. Di luar lingkungan sekolah, pertubuhan masyarakat terus menyokong dengan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pelajar menggunakan bahasa Melayu secara kreatif dan menyeronokkan.
Kempen tahunan Bulan Bahasa yang dianjurkan oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura misalnya, merupakan usaha untuk memupuk rasa cinta dan bangga akan Bahasa Ibunda kita.
Banyak kegiatan bahasa telah dianjurkan oleh pelbagai pertubuhan masyarakat bagi mempromosikan akan peri pentingnya penggunaan dan pelestarian Bahasa Ibunda.
Terbaharu, Wisma Geylang Serai adalah antara pertubuhan yang aktif mengadakan acara-acara bahasa dan budaya Melayu, termasuk dalam talian.
Pelbagai kegiatan dan peluang disajikan untuk meluaskan penggunaan bahasa Melayu.
Usaha sebegini dapat membantu meningkatkan kesedaran pelajar dan masyarakat tentang nilai dan kepentingan bahasa Melayu yang harus terus dipertingkatkan.
12. Saya percaya jika kita amalkan kehidupan seperti aur dengan tebing, menggembeling usaha dan sumber yang kita ada bersama, kita mampu menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan lebih luas lagi dan pada masa yang sama dapat terus memartabatkan bahasa Melayu di Singapura.
USAHA MLCS MENYOKONG PEMBANGUNAN PROFESIONAL GURU
13. Sepanjang sedekad ini, MLCS telah banyak menyumbang dalam bidang pembangunan profesional guru dan peningkatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu.
Usaha ini dilakukan secara tekal dan berstruktur.
Ikhtiar ini penting kerana dalam kita meluaskan usaha untuk mempromosikan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat, kita juga perlu terus meluaskan pengetahuan dan meningkatkan kepakaran para guru Bahasa Melayu kita.
14. Melalui kursus dan bengkel serta program tukikannya termasuk Seminar Bahasa Melayu, Ceramah Arif Budiman, Program Penyerapan di Nusantara dan Program Persidangan Serantau, MLCS membina pembangunan profesional dan memperkasa guru.
Kesemua program yang dilaksanakan menarik minat dan sambutan yang baik daripada guru.
Selain itu, MLCS juga menawarkan kursus-kursus yang relevan dan terkini setanding dengan pedagogi yang dijalankan untuk subjek lain seperti Amalan Pengajaran Singapura (Singapore Teaching Practice), Pengajaran Pembezaan (Differentiated Instruction), Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (Inquiry-based Learning), Menjadikan Pemikiran Jelas (Making Thinking Visible) dan Penilaian Formatif (Formative Assessment).
Sambutan dan pelibatan aktif guru-guru kita dalam program dan aktiviti kendalian MLCS sepanjang sedekad ini menunjukkan iltizam guru kita yang tinggi untuk menjadikan PdP Bahasa Melayu bermakna, menarik dan menyeronokkan.
15. Seminar tahunan yang dianjurkan MLCS juga mendapat sambutan yang amat baik daripada guru.
Sepanjang sedekad ini, terdapat 400 kertas kajian berasaskan bilik darjah telah disampaikan para guru dengan 5,000 orang peserta menghadirinya.
Data ini menunjukkan bahawa para guru kita amat berminat melakukan kajian bagi meningkatkan prestasi PdP di bilik darjah dan berkongsi pengetahuan serta amalan terbaik di sekolah mereka dengan rakan sekerja.
Kelangsungan daripada amalan ini, 125 guru kita menyampaikan kertas kajian mereka di 31 persidangan serantau.
Ini adalah pencapaian yang membanggakan.
16. MLCS juga menyumbang kepada peningkatan pendidikan Bahasa Melayu dengan memperkaya kurikulum melalui pembinaan bahan PdP.
MLCS membina lima aplikasi interaktif e-permainan dan e-buku6 yang popular dalam kalangan pelajar dan guru.
Bagi menjadikan PdP lebih menarik dan menyeronokkan, MLCS menerbitkan bahan-bahan permainan kad seperti Jejak dan Ujar, Bijak Bahasa Bestari Budaya dan kad Mari Membaca untuk murid prasekolah.
Untuk mengenang dan menggalakkan rasa hormat pelajar kepada generasi perintis, MLCS menerbitkan buku berkenaaan Dr Muhammad Ariff Ahmad pada tahun 2018 dan berkaitan Pak Sarkasi Said pada tahun ini.
MENYAMBUT CABARAN MENGHADAPI PANDEMIK COVID-19
17. Kemunculan COVID-19 tidak mematahkan semangat MLCS untuk menyokong guru melaksanakan pembelajaran di rumah (home-based learning) bagi pelajar dan menawarkan kursus bersepadu secara dalam talian bagi guru.
MLCS berjaya menyediakan 12 bahan interaktif dan 185 bahan dalam bentuk PDF yang dimuatnaikkan di Ruang Pembelajaran Pelajar (Student Learning Space) semasa Pemutus Rantaian Jangkitan (Circuit Breaker).
MLCS telah mempamerkan daya bingkas dengan mengubah kandungan dan format kursus secara fizikal kepada format kursus bersepadu dalam talian.
Hasilnya, MLCS berjaya melaksanakan 9 tajuk kursus yang sebahagian besarnya berkaitan SkillsFuture Bagi Pendidik (Skillsfuture for Educators) dalam 21 sesi yang melibatkan seramai 915 guru peserta.
Saya yakin para guru menyambut baik usaha ini dan percaya hubungan profesional yang akrab dan kukuh dalam kalangan frateniti pendidik kita akan terus menjadikan PdP Bahasa Melayu relevan, bermakna, menarik dan menyeronokkan.
18. Saya akur, amanah dan tanggungjawab sebagai seorang guru Bahasa Melayu amat berat.
Selain mengajarkan bahasa, guru Bahasa Melayu juga berperanan sebagai guru Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan.
Oleh itu, besar harapan saya agar guru-guru Bahasa Melayu kita dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam dalam diri pelajar-pelajar mereka.
Bagi saya, peranan ini amat bersesuaian kerana Bahasa Melayu kaya dengan khazanah yang tidak ternilai seperti cerita-cerita rakyat, pantun, peribahasa dan aspek-aspek budaya lain yang pelbagai yang dapat disulamkan dalam pengajaran Bahasa Melayu secara seronok.
Kesempatan dan peluang ini seharusnya digunakan oleh guru-guru kita untuk membentuk peribadi pelajar agar mereka akhirnya mempunyai jati diri dan bangga menjadi orang Melayu serta warganegara Singapura.
Saya pasti, hasil terakhir yang kita sama-sama ingingkan ialah individu yang arif lagi budiman, berilmu pengetahuan dan berbakti kepada masyarakat.
PENUTUP
19. Sebagai penutup, tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada MLCS atas segala usaha dan pencapaian sejak penubuhannya sedekad yang lalu.
Semoga MLCS akan terus berinovasi dalam menghasilkan kaedah dan pendekatan yang berkesan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan pembangunan profesional guru dalam usaha untuk melahirkan para pendidik yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif dan berwawasan.
20. Bagi merakamkan penghargaan saya kepada semua para guru, saya akhiri dengan serangkap pantun pusaka:
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.
21. Terima kasih.
Footnotes
-
1. Prof Dr George Quinn (Australian National University), 2. Prof Dr Mikihiro Moriyama (Nanzan University, Japan), 3. Prof Dr Mahsun (Indonesian Centre for Language Development & Construction), 4. Prof Dr Khairil Ansari and Dr Saiful Bahri (Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara, Medan, Indonesia), 5. Prof Datuk Dr Awang Sariyan, Chairman, Board of Governors Dewan Bahasa dan Pustaka and Holder of Za’aba Chair (Education University of Sultan Idris); 6. Assoc Prof Dr Norliza Jamaluddin, 7. Assoc Prof Dr Dahlia Jannan and 8. Assoc Prof Dr Samsuddin Suhaili (Education University of Sultan Idris).
-
The Straits Times, 23 Oct 2019. Singapore must guard against losing its bilingual edge: PM Lee.
-
Mathew, Mathews et. al (2020), Language Proficiency, Identity & Management: Results from the IPS Survey on Race, Religion and Language. Singapore: Institute of Policy Studies. Note: The study look at 5 different age groups: (a) 18-25; (b) 26-35; (c) 36-50; (d) 51-65; and (e) Above 65.
-
Berita Minggu, 15 November 2020. Tinjauan Khas Berita Minggu: Belia dan Bahasa Melayu. (Exclusive Survey of Berita Minggu: Youth and Malay Language. It involved 61 respondents: (a) 11 respondents of 18-23 years of age group; and (b) 50 respondents of 24-39 years age group.
-
These information in Para 9 are in the public domain, and had been delivered through speeches made by MOE political heads in 2019 and 2020: Mr Ong Ye Kung on 24 August 2019 at the 8th MTL Symposium, Mr Chee Hong Tat on 24 August 2019 at the 8th MTL Symposium, and Minister Lawrence Wong on 29 August 2020 at the 9th MTL Symposium.
-
MLCS published 5 interaktif applications. All won MOE Innergy Award: (a) Pintar Peribahasa (2015) – won Merit Award; (b) Pintar Kata (2016) – won Bronze Award; (c) Cerita Rakyat Nusantara (2016) – won Merit Award; (d) Bitara Kata (2018) - won Merit Award; (e) Legenda Singapura (2018) – won Bronze Award.